Hai semua. Assalamualaikum. Selamat datang ke blog kedaimoden2u.blogspot. Pemilik blog ini adalah Yatt. Seorang wanita, anak, dan isteri. Juga berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Muar. Sejak 4 tahun yang lalu, melakukan tugas hakiki dan sampingan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun demi minat dan mahu meneruskan legasi mak, Yatt kuatkan semangat.
Betapa beruntungnya Yatt, dibesarkan dengan mak dan abah yang serba boleh. Mak mengusahakan perniagaan kecik-kecilan sebagai tukang jahit sejak muda lagi, ketika baru berkahwin dengan abah. Oleh kerana Yatt adalah anak kelima daripada 6 beradik, Yatt sangat biasa dengan jahitan. Bukan belajar secara formal dan sepenuh masa pada awalnya, tapi telah terbiasa setelah bertahun-tahun melihat mak melakukan tugas yang sama setiap hari.
![]() |
| Mak dan abah di hari bersejarah saya, Februari 2015. |
Baru sebulan memulakan tugas di Sekolah Menengah Sains Muar, Yatt didatangi oleh seorang guru perempuan. Beliau baru sahaja berpindah rumah, Hari Raya Aidil Fitri kian hampir, disebabkan itu, ramai tukang jahit sudah tidak mengambil tempahan. Di situlah bermula titik tolak Yatt mula berkecimpung dalam bidang jahitan ini. Niat asal hanya ingin membantu, malah lebih ramai pula yang menghantar tempahan. Sejak itu, 4 tahun yang lepas, bermulalah kisah melakukan 2 tugas, sebagai seorang tukang jahit secara sampingan dan juga seorang pembantu makmal sebagai pekerjaan hakiki.
Find Yatt on :
Facebook : https://www.facebook.com/yat22291
Instagram : https://instagram.com/yatt_haycruz/
Yahoo mail : norhayati_22291@yahoo.com

No comments:
Post a Comment